Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera...
Peserta dan hadirin sedang menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Gayong

Gayong Serantau Kelantan telah menganjurkan Ujian Kenaikan Bengkong Pelangi Merah. Seramai 8 orang peserta menyertai Ujian tersebut..Gayong Serantau Kelantan telah menjemput saudara Azizan Bin Ibrahim selaku Panglima Pelangi Hitam Silat Seni gayong Sebagai Penguji pada hari tersebut. Ujian bermula jam 9.30 dan tamat pada jam 3.00 petang.
Majlis Gurulatih Gayong serantau Kelantan telah menetapkan beberapa kriteria sebagai garis panduan untuk melayakkan seseorang peserta untuk menyertai ujian Kenaikan Bengkong Merah. Antaranya seperti BERIKUT:1. Kehadiran latihan melebihi 85% ke atas,
2. Telah menghadiri kursus Pembantu Jurulatih,
3. Telah mengikuti Upacara Adat Perlimau Sintuk Seni,
4. Sekurang2nya telah menguasai 3 senjata melayu seperti Pisau, Tongkat dan Parang.
5. Telah Tamat Pelajaran Tangan Kosong peringkat Asas seperti 21 Buah Tapak Kunci mati, 21
Buah Kombat dan sekurang2nya 5 tapak Kunci hidup.
6. Mendapat Percalonan daripada Jurulatih setelah dinilai dari aspek adab dan sahsiah peserta.
7. Hidup Keahlian dan telah menjelaskan segala bayaran yuran untuk kenaikan Bengkong.

Kriteria ini ditetapkan adalah semata2 melahirkan murid Gayong yang berbengkong Pelangi Merah adalah benar2 mantap dari aspek Komitmen, Kepimpinan sahsiah, Pelajaran, Kemahiran, Disiplin dan ketahanan diri yang tinggi.
Wassalam



Alhamdulillah pada 18-20 Disember 2009 telah berlangsungnya kursus senjata keris dan upacara perkhataman keris di pantai Melawi,Bachok, Kelantan. Kursus dan Majlis ini telah dianjurkan bersama oleh PSSGM Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan PSGSM Caw.Kelantan yang dipimpin oleh YDP Penajanya iaitu Ustaz Wan Abdul Halim Wan Omar. Pengarah Program kali ini telah dipertanggungjawabkan kepada En.Azizan Ibrahim (Pengerusi Majlis Gurulatih Gayong Labuan).