Monday, December 21, 2009

20/12/09 Upacara Perkhataman Keris

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah pada 18-20 Disember 2009 telah berlangsungnya kursus senjata keris dan upacara perkhataman keris di pantai Melawi,Bachok, Kelantan. Kursus dan Majlis ini telah dianjurkan bersama oleh PSSGM Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan PSGSM Caw.Kelantan yang dipimpin oleh YDP Penajanya iaitu Ustaz Wan Abdul Halim Wan Omar. Pengarah Program kali ini telah dipertanggungjawabkan kepada En.Azizan Ibrahim (Pengerusi Majlis Gurulatih Gayong Labuan).
Ayahanda Amin Hamzah telah dijemput khas dari Ipoh,Perak bagi menurunkan pelajaran seni keris dan seterusnya memimpin upacara perkhataman keris. Seramai 50 peserta yang hadir yang mewakili 4 gelanggang dari Maahad Tahfiz Sains,Maahad Syamsul Maarif Pulai Chondong, SMK Pangkal Meleret Machang dan Gelanggang Awam Pasir Senor.

Kami juga berbesar hati dengan kehadiran Saudara Hafiz yang merupakan jurulatih PSSGM di Ireland yg sama-sama turut serta dalam majlis kami kali ini. Banyak pengalaman beliau dikongsi dengan anak-anak gayong selama 3 hari berkursus. Terima kasih dari pihak kami.


Bagi majlis penutupannya, ahli parlimen Pasir Puteh telah sudi hadir bagi merasmikan majlis. Majlis tersebut berjalan dengan begitu meriah sekali.Ditambah dengan kata-kata semangat oleh Yang Berhormat yang juga merupakan anak Gayong di zaman ADMAR membangkitkan lagi keazaman peserta-peserta untuk terus belajar dan mengembangkan Gayong yang dicintai ini. Zatttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wassalam

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...