Sunday, December 27, 2009

24/12/09 Ujian Kenaikan Bengkong Pelangi Merah

Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera...

Peserta dan hadirin sedang menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Gayong
Gayong Serantau Kelantan telah menganjurkan Ujian Kenaikan Bengkong Pelangi Merah. Seramai 8 orang peserta menyertai Ujian tersebut..Gayong Serantau Kelantan telah menjemput saudara Azizan Bin Ibrahim selaku Panglima Pelangi Hitam Silat Seni gayong Sebagai Penguji pada hari tersebut. Ujian bermula jam 9.30 dan tamat pada jam 3.00 petang.

Majlis Gurulatih Gayong serantau Kelantan telah menetapkan beberapa kriteria sebagai garis panduan untuk melayakkan seseorang peserta untuk menyertai ujian Kenaikan Bengkong Merah. Antaranya seperti BERIKUT:

1. Kehadiran latihan melebihi 85% ke atas,
2. Telah menghadiri kursus Pembantu Jurulatih,
3. Telah mengikuti Upacara Adat Perlimau Sintuk Seni,
4. Sekurang2nya telah menguasai 3 senjata melayu seperti Pisau, Tongkat dan Parang.
5. Telah Tamat Pelajaran Tangan Kosong peringkat Asas seperti 21 Buah Tapak Kunci mati, 21
Buah Kombat dan sekurang2nya 5 tapak Kunci hidup.
6. Mendapat Percalonan daripada Jurulatih setelah dinilai dari aspek adab dan sahsiah peserta.
7. Hidup Keahlian dan telah menjelaskan segala bayaran yuran untuk kenaikan Bengkong.

Kriteria ini ditetapkan adalah semata2 melahirkan murid Gayong yang berbengkong Pelangi Merah adalah benar2 mantap dari aspek Komitmen, Kepimpinan sahsiah, Pelajaran, Kemahiran, Disiplin dan ketahanan diri yang tinggi.

Wassalam

Saturday, December 26, 2009

PROFIL JURULATIH

Assalamualaikum.............

Dalam kesempatan ini saya akan memperkenalkan jurulatih2 Silat Seni Gayong di bawah Gayong Serantau Kelantan. Saya akan bermula dengan profil diri saya sendiri...

Profil Jurulatih 1

Maklumat diri

Nama : Wan Abdul Halim Bin Wan Omar
I/C : 791022-03-5479
Alamat : Kg. Kerilla, 18400, Temangan Kelantan
Pekerjaan : Guru (DG 41)
Akademik Tertinggi : Ijazah Sarjana muda Pengajian islam (Kepujian)
No.tel : 0139209358 /0126259358
Email : halimr_79@yahoo.com
Url : http://www.gayongserantaukelantan.blogspot.com/

Maklumat Silat

Tahun Mula menyertai : 1996
Tahap Bengkong Terkini : HPCS II (2009)
Taraf Pelajaran : Gurulatih Kanan
Sandang Adat : Waris Beradat (Seri chula Sakti)
Sandang Kegurulatihan : Panglima Chula Hitam
Majlis Adat yang telah diikuti :
1. Perlimau Sintuk Tapak (1996)
2. Perlimau Sintuk Seni (2002)
3. Khatam Lembing (2007)
4. Khatam Seni Cendai (2009)
5. Khatam senjata Tinggi (2009)
6. Mandi minyak (2009)
7. Khatam keris (2009)

Gelanggang :
1. SK. Pauh lima (sejak 2007)
2. Gelanggang Awam Pasir Senor (sejak 2007)

Gurulatih :
1. Adnan bin Omar (1996 - 1999)
2. Mohd Shujairi Mohmed Ghazali (1996-97)
3. Azizan bin Ibrahim (2000 - Sekarang)
4. Ayahanda Mohd Amin Bin Hamzah (2007 - Sekarang)

Harapan Dalam Silat :
Ingin meletakkan Silat Seni Gayong kepada yang Hak dan Berhak sebagaimana harapan yang telah diamanatkan oleh AD Meor Abdul rahman. Pantang diri bersekongkol dengan individu2 yang ingin memeperkotak katikkan silat Seni Gayong dan jenis makhluk yang suka merosakkan keharmonian Gayong itu sendiri. Diri ini tidak pernah memperakui manusia yang bersifat ego dan tidak berpegang pada amanah yang telah diturunkan oleh AD dan Pemegang Waris Amanah Mutlak dalam Gayong.diri ini juga ingin memandu Silat seni Gayong sentiasa Jauh dari amalan2 kurafat.


Profil Jurulatih 2



Maklumat diri

Nama : Mohd Shujairi Mohmed Ghazali
I/C : 790524-03-5001
Alamat : No.3A,Kg Cherang 16600 Pulai Chondong,Kelantan
Pekerjaan : Penolong Pegawai Perubatan (U29)
Akademik Tertinggi : Diploma Pembantu Perubatan
No.tel : 012-9845889
Email : jeri_paktam@yahoo.com
Url : http://www.gayongserantaukelantan.blogspot.com/

Maklumat Silat

Tahun Mula menyertai : 1991
Tahap Bengkong Terkini :Pelangi Kuning Chula 3 (2008)
Taraf Pelajaran : Gurulatih
Sandang Adat : Ketua Beradat (Seri Bintang Sakti)
Sandang Kegurulatihan : tiada
Majlis Adat yang telah diikuti :
1. Perlimau Sintuk Tapak (1991)
2. Perlimau Sintuk Seni (2002)
3. Mandi minyak (1994)
4. Khatam keris (2009)

Gelanggang :
1. SK Pulai Chondong (1995-2002)

Gurulatih :
1. Suhaili Che Soh (1991-2000)
4. Ayahanda Mohd Amin Bin Hamzah (2002 - Sekarang)

Harapan Dalam Silat :
Saya ingin melihat anak2 muda generasi masa depan mencintai dan menghayati seni warisan kependekaran bangsa Melayu yang penuh dengan adab dan adat.


Wassalam

Monday, December 21, 2009

20/12/09 Upacara Perkhataman Keris

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah pada 18-20 Disember 2009 telah berlangsungnya kursus senjata keris dan upacara perkhataman keris di pantai Melawi,Bachok, Kelantan. Kursus dan Majlis ini telah dianjurkan bersama oleh PSSGM Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan PSGSM Caw.Kelantan yang dipimpin oleh YDP Penajanya iaitu Ustaz Wan Abdul Halim Wan Omar. Pengarah Program kali ini telah dipertanggungjawabkan kepada En.Azizan Ibrahim (Pengerusi Majlis Gurulatih Gayong Labuan).
Ayahanda Amin Hamzah telah dijemput khas dari Ipoh,Perak bagi menurunkan pelajaran seni keris dan seterusnya memimpin upacara perkhataman keris. Seramai 50 peserta yang hadir yang mewakili 4 gelanggang dari Maahad Tahfiz Sains,Maahad Syamsul Maarif Pulai Chondong, SMK Pangkal Meleret Machang dan Gelanggang Awam Pasir Senor.

Kami juga berbesar hati dengan kehadiran Saudara Hafiz yang merupakan jurulatih PSSGM di Ireland yg sama-sama turut serta dalam majlis kami kali ini. Banyak pengalaman beliau dikongsi dengan anak-anak gayong selama 3 hari berkursus. Terima kasih dari pihak kami.


Bagi majlis penutupannya, ahli parlimen Pasir Puteh telah sudi hadir bagi merasmikan majlis. Majlis tersebut berjalan dengan begitu meriah sekali.Ditambah dengan kata-kata semangat oleh Yang Berhormat yang juga merupakan anak Gayong di zaman ADMAR membangkitkan lagi keazaman peserta-peserta untuk terus belajar dan mengembangkan Gayong yang dicintai ini. Zatttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wassalam

16/12/09 Majlis Penyampaian Bengkong Pondok Hidayah TM


Assalamuaikum,

Pada 16hb Disember 2009,berlangsungnya Majlis Penyampaian Bengkong dan sijil kepada pesilat2 gelanggang Pondok Hidayah,Tanah Merah, Kelantan. Majlis diadakan secara sederhana dengan kehadiran Wakil dari Jabatan Kemajuan Masyakat sebagai Perasmi dan En.Azizan Ibrahim selaku Panglima Pelangi Hitam Silat Seni Gayong.









Sejarah Penubuhan Gayong Serantau Kelantan

Gayong Serantau Kelantan bermula dengan................

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum,

Selamat Datang ke Blog Gayong Serantau Kelantan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...