Tuesday, March 23, 2010

KURSUS SENI KERAMBIT (KREWOK)

Salam semua,

Pada 26hb Februari yang lepas, Majlis Gurulatih Gayong Serantau Kelantan telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Siri V : Seni Kerambit 1. Kursus ini hanya disertai oleh Jurulatih peringkat bengkong Pelangi Kuning dan ke atas sahaja memandangkan Seni Kerambit merupakan antara pelajaran sulit dalam Silat Seni Gayong. Ayahanda Amin Hamzah dijemput khas dari Ipoh,Perak untuk menurunkan pelajaran Seni Kerambit ini.



Wallahua'lam

UPACARA PERLIMAU SINTUK DI MAAHAD TAHFIZ SAINS TM

Salam semua,

Pada 26 Februari yg lepas,Upacara Perlimau Sintuk Tapak/Seni telah berlangsung di Gelanggang Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang mana telah disempurnakan oleh Ayahanda Amin Hamzah.





Wallahua'lam

Saturday, March 20, 2010

PROGRAM LAWATAN YDP KE GELANGGANG PSGSM CAW KELANTAN

Salam semua,

Pada Januari yg lepas, YDP Penaja Gayong Serantau Kelantan, Ustaz Wan Abdul Halim bersama Jurulatih2 Kanan PSGSM Caw.Kelantan telah mengadakan sesi lawatan ke semua gelanggang2 di bawah pengawasan Gayong Serantau Kelantan. Sebanyak 8 gelanggang termasuk 3 gelanggang baru. Senarai gelanggang adalah seperti berikut;
  1. Gelanggang Awam Pasir Senor, Temangan
  2. Gelanggang SMK Pangkal Meleret, Machang
  3. Gelanggang Maahad Syamsul Maarif, Labok
  4. Gelanggang Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
  5. Gelanggang SK Pauh Lima,Bachok
  6. Gelanggang Awam Penjara Machang (baru)
  7. Gelanggang Maahad Ahmadiah, Tanah Merah (baru)
  8. Gelanggang Maahad Darul Aman,Kok Lanas (baru) Gelanggang Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
Maahad Kok Lanas

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...