Saturday, December 18, 2010

KURSUS KEJURULATIHAN SIRI KE 8

Assalamualaikum;

Gambar2 pilihan yg diambil sepanjang Kursus Kejurulatihan Siri ke-8;



Wassalam

LAWATAN MUHIBBAH AYAHANDA AMIN HAMZAH

Pada 16 Dec 2010, sekali lagi Ayahanda membuat lawatan muhibbah ke PSGSM cawangan Kelantan. Lawatan ini sudah menjadi rutin tahunan bagi Ayahanda. Telah menjadi Tanggungjawab Ayahanda ingin melihat kejayaan anak muridnya menjangkau matang walaupun berada di perbezaan negeri. Oleh yang demikian Ayahanda sanggup menurunkan pelbagai ilmu demi kemajuan Anak2 Gayong khususnya anak Gayong Serantau Kelantan sepanjang beliau berada 3 hari di Kelantan. kami begitu sebak melihat kesanggupan ayahanda untuk hadir ke kelantan dengan hanya menaiki Bas.

Pada hari pertama Ayahanda telah menghadiri Majlis Perlimau Sintuk Tapak di Sekolah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Kok Lanas dengan memandikan seramai 52 orang anak2 Gayong..dalam waktu yang sama Ayahanda merasa Girang dan Gembira dengan Semangat anak2 Gayong yang berada di Gelanggang tersebut. dengan demikian Ayahanda berbesar hati menamakan gelanggang MTS Darul Aman kepada Gelanggang Harimau Berantai Meor Rahman.

Pada malam tersebut bermula Kursus Kejurulatihan kepada semua anak gayong bertaraf Jurulatih bengkong Kuning ke atas yang terdiri daripada 9 Daerah dan kursus ini diteruskan sehingga pagi Sabtu.
Pada sebelah malamnya pula, mesyuarat diadakan Khusus berbincang untuk merancang mengadakan Majlis Besar2an untuk meraikan Penubuhan secara rasmi Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Negeri Kelantan dan juga Majlis Gayong Perdana Negeri dengan diisikan persembahan2 yang luar Biasa seperti "Gantung", "Bengkok Besi Panas dengan gigi" , Pemecahan Batu Konkrit di dada, Tetak seluruh Tubuh, Tarik Tali Gajah dan banyak lagi yang masih dirahsiakan.
Manakala Permainan senjata pula akan dipertontonkan senjata2 yang tidak pernah dipamerkan kepada orang ramai dimana2 negeri seperti, Gada-Gada, Rencong Aceh, Pisau Tangan, Sabit, Perisai dan pelbagai lagi yang akan di pertontonkan..

Semoga Allah mempermudahkan segala perancangan yang kami aturkan...

Wassalam

Tuesday, July 6, 2010

KURSUS KEJURULATIHAN SIRI 7 - SENJATA TEKPI

Salam,

Pada Jun yang lepas, pihak Majlis Gurulatih PSGSM Caw Kelantan yang dipimpin oleh En.Azizan Ibrahim telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan siri ke -7 buat Jurulatih2 PSGSM Caw Kelantan. Pengisian kursus kali ini adalah seni senjata Tekpi. Gurulatih Utama PSGSM, Ayahanda Amin Hamzah dijemput sebagai Ketua Tenaga Pengajar.


InsyaAllah, untuk Kursus Kejurulatihan Siri ke -8 akan diadakan pada hujung tahun ini iaitu Pelajaran Seni Kerambit lanjutan daripada Kursus Siri ke-6. Dan untuk tahun 2011, perancangannya untuk diadakan kursus siri ke 9 untuk pelajaran Seni Sundang. Harap semua Jurulatih2 PSGSM Caw Kelantan bersedia dengan senjata masing2.


Wassalam

Wednesday, June 23, 2010

MAJLIS KAHWIN DUA JURULATIH PSGSM KELANTAN

Salam semua,

Dalam kesibukan pihak PSGSM Kelantan menganjurkan Pogram sempena cuti sekolah yg lalu, pihak kami juga turut diundang ke Majlis Perkahwinan 2 orang Jurulatih PSGSM Kelantan iaitu En. Azuan Ibrahim (Kuning Chula 5) dan En. Isma Adli Ismail (Kuning Chula 3). Kedua2 majlis telah diadakan dengan penuh meriah sekali ditambah dengan kehadiran Team DEMO dari PSGSM Kelantan yang di pimpin oleh Ust Arif Fadli Ibrahim.

Antara koleksi gambar perkahwinan Azuan dan Isma Adli yang diambil oleh
Cikgu Azizan Ibrahim yang bertukar profesion sementara menjadi Jurufoto untuk
kedua2 Majlis termasuk sesi outdoor.

Semoga dengan perkahwinan ini dapat melonjakkan lagi semangat untuk mengembangkan Silat Seni Gayong...........


Wassalam

LAWATAN MUHIBBAH

Salam,

Selepas selesai bermesyuarat Agong, pihak Kepimpinan PSGSM Caw Kelantan berkesempatan untuk menghadiri jemputan walimatul urus saudara Shaiful Hakim di Pasir Puteh. Ketibaan kami disambut dengan penuh mesra oleh tuan rumah dan saudara Shaiful Hakim dengan penuh berbesar hati mempamerkan barang hantaran dari pihak wanita yang amat menarik perhatian kami iaitu sebilah keris berhulukan pekakak dengan sarung yg dihiasi ukiran perak bersama sebilah Sundang.....

Doa dari kami agar perkahwinan ini diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat.....

Wassalam

SURAT KELULUSAN PENUBUHAN PSGSM CAWANGAN KELANTAN

Salam semua,

Di sini kami lampirkan Surat Kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertarikh 19 April 2010 dengan no rujukan PPM/KEL.256/00-2.

MESYUARAT AGONG PSGSM CAW KELANTAN

Assalamualaikum,

Pada 12hb Jun 2010 iaitu selepas Majlis Penyampaan Bengkong & Sijil, telah diadakan Mesyuarat Agong PSGSM Caw Kelantan kali pertama setelah Pendaftar Pertubuhan meluluskan permohonan mewujudkan PSGSM Cawangan Kelantan.
Antara barisan kepimpinan baru PSGSM Caw Kelantan

Secara ringkasnya,Kepimpinan baru telah dipilih oleh ahli2 yang hadir melalui undian. Keputusannya adalah seperti berikut;

Penasihat : Ayahanda Amin Hamzah

YDP : Ust Wan Abdul Halim Wan Omar
NYDP 1 : Ust Atiqullah
NYDP 2 : En. Shujairi Mohmed Ghazali
Setiausaha : Ust Arif Fadli Ibrahim
Bendahari : En. Isma Adli Ismail
AJK :
1. En. Azizan Ibrahim
2. En. Hasmizi Md Nor
3. En. Mursalim
4. Ust Anwar
5. En. Azuan Ibrahim
6. Pn. Asma
7. Pn. Amrah

Juruaudit : En Ibrahim Rajak

Wassalam

Majlis Penyampaian Bengkong PSGSM Caw Kelantan

Salam semua,


Pada 12hb Jun 2010, Majlis Penyampaian Bengkong dan Sijil telah berjaya diadakan secara gilang gemilang bertempat di Padang Utama Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang telah dianjurkan bersama oleh PSGSM Caw Kelantan dengan MTS Tanah Merah. ADUN Gual Ipoh, YB Wan Yusoff telah sudi hadir untuk merasmikan majlis tersebut. Seramai 250 pesilat hadir yang mewakili gelanggang2 silat sekitar Tanah Merah, Machang, Kok Lanas(Kota Bharu) dan Bachok. Pengarah Pogram kali ini dipertanggungjawabkan kepada Ust Mohd Atiqullah yang merupakan Ustaz MTS dan Jurulatih Silat Seni Gayong di Gelanggang Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah ini sejak 2007.

Barisan pendekar dan serikandi Silat Seni Gayong

Ayahanda Amin Hamzah menyampaikan amanat buat pendekar2 yang hadir

YB Wan Yusoff,ADUN Gual Ipoh menjulang keris sebagai pananda perasmian

Saudara Syarif menerima Bengkong Pelangi Merah Chula 1

Ust Wan Abdul Halim mempersembahkan Gerak Tari Keris

Pasangan dari Gelanggang Pasir Senor,Temangan

Saudara Mursalim melakukan aksi pemecahan atap genting

Dalam majlis tersebut juga menyaksikan 2 Gurulatih PSGSM Caw Kelantan iaitu En. Azizan Ibrahim dan Ust Wan Abdul Halim Wan Omar masing2 dinaikkan tahap bengkong ke Hitam Pelangi Chula Sakti 4 dan Harimau Pelangi Chula Sakti 3 yang mana Ayahanda Amin Hamzah selaku Panglima Singa Malaya Silat Seni Gayong sendiri yang telah menilai dan mengiktiraf Pelajaran kedua2 Gurulatih ini.

En.Azizan Ibrahim selaku Ketua Gurulatih PSGSM Caw Kelantan

Ust Wan Abdul Halim merangkap Gurulatih Kanan PSGSM Caw Kelantan

Diharapkan,dengan meningkatnya peringkat bengkong pesilat2,maka semakin meningkatlah juga komitmen dan semangat pesilat2 semua........InsyaAllah.

Wassalam

Kursus Asas & Majlis Silaturrahim

Salam,

Pada 8-11 Jun 2010 bertempat di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah berlangsungnya Kursus Asas Silat Seni Gayong untuk pesilat2 bengkong Awan Putih dan Pelangi Hijau. Hampir 100 pesilat hadir menyertai kursus ini yang datangnya dari 10 gelanggang di bawah seliaan Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Caw Kelantan. Gurulatih Utama PSGSM, Ayahanda Amin Hamzah dijemput Khas bagi menunjuk ajar buat peserta2 kursus.

Pada hari terakhir telah diadakan Majlis Silaturrahim dan Ujian Ketahanan Diri yang mana Ust Wan Abdul Halim selaku YDP Penaja telah menjadi Dalang bagi Upacara Mandi Minyak, Jalan terus atas Bara Api dan Lompat Kaca.
Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...