Sunday, June 30, 2013

Menziarahi Tempat Persinggahan Tok Janggut; Ulamak berjiwa Pahlawan





Biarpun kami berbeza pertubuhan pertadbiran tapi kami tetap sama kerana kami adalah anak-anak gayong...
ini dapat dilihat dengan rombongan silat seni gayong pusaka selangor yang diketui oleh Cikgu Rasip beserta anak-anak gayong didiknya turun ke kelantan kerana niat mereka untuk menziarahi guru-guru lama serta ulamak yang terdapat di kelantan ini...

Kami sebagai anak-anak gayong juga iaitu anak gayong serantau kelantan menyambut dengan baik tetamu dari luar kelantan kerana untuk menjalani ukhwah yang lebih erat antara kami anak-anak gayong semuanya.

Allahamdulilah, syukur kami panjatkan pada Ilahi kerana melancarkan segala urusan kami untuk menziarahi tempat persinggahan Tok Janggut (Hj Mat Hassan/Hj Mat Jubah Hijau). Kami (ustaz Wan Halim(YDP) gayong serantau kelantan serta En.Muhammad Yusop) telah diamanahkan oleh Syeikh Ustaz Wan Asrul untuk menunjukkan dimanakah tempat persinggahan Tok Janggut yang sebenarnya.

Syeikh Ustaz Wan Asrul meamanahkan kami kerana beliau tidak dapat menghadirkan diri ke kelantan kerana ada urusan keluarga di Melaka, jadi Ustaz Wan Halim diamanahkan untuk membawa rombongan Cikgu Rasip untuk pergi ke tempat persinggahan Tok Janggut.

Sini juga kami ingin memaklumkan bahawa rombangan ini seramai 17 orang termasuk dengan Cikgu Rasip sekali. sesudah sahaja selesai kami dari menziarahi tempat persinggahan Tok Janggut rombongan ini terus pulang ke selangor kerana kerja pada keesokannya.. kami harap rombongan Cikgu Rasip ini selamat sampai ke tempat yang dituju serta jemput-jumput la lagi datang ke kelantan ini kerana dapat eratkan lagi serta kuatkan lagi ukhwah kita sebagai anak-anak gayong....

gambar ketika dihadapan makam Tok Janggut
gambar Ustaz Wan Halim bersama Cikgu Rasip

1 comment:

  1. Assalammualaikum,
    Kepada Ust. Wan Halim (YDP Gayong Serantau kelantan) dan Saudara Muhammmad Yusop, Kami ahli-ahli PUSAKA GAYUNG Selangor ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana sudi menerima kami sabagai tetamu tempohari, semoga jalinan persahabatan ini berkekalan dan berkembang antara kita ANAK GAYONG.
    Wassalam.
    (Zulnureen Shariff)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...