Friday, April 8, 2011

SUARA WARIS AMANAH - LOGO/LAMBANG GAYONG

Assalamualaikum wbt









Lambang Gayong juga termasuk dalam adat dan ianya termaktub/terlakar dalam Perlembagaan. Adalah menjadi satu kesalahan kepada satu-satu Pertubuhan mempamerkan lambang yang bercanggah dengan apa yang didaftarkan.

Sebagaimana kita maklum, Silat Seni Gayong mempunyai beberapa lambang. Jika lambang yang dipamer tidak sama dengan yang didaftarkan tetapi adalah merupakan lambang yang diwarisi daripada Arwah Dato' Mahaguru, maka daripada segi adat adalah tidak salah.

Namun, jika satu lambang tersebut, bercanggah dengan pendaftaran dan adat, maka ianya perlu dihentikan sebagai mewakili PSSGM atau Silat Seni Gayong. Berbeza dalam kes, sesuatu lambang yang dipromosi sebagai satu `design' semata-mata tanpa bertujuan mewakili PSSGM atau Silat Seni Gayong.

Lambang adat yang dijelaskan, boleh didaftar dan akan menjadi hakcipta PSSGM jika diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan.Seeloknya, lambang-lambang Gayong yang ada didaftarkan oleh PSSGM. Ini merupakan t/jawab MJA PSSGM untuk menyempurnakan pendaftarannya.

Jika sekiranya kira ahli yang peka, amat wajar kita tidak melalkukan kesalahan yang boleh `implicate' PSSGM, selanjutnya PSSGM boleh menguatkuasakan tegahan atas kesalahan jika ia benar-benar berlaku.

Sekian.

Salam hormat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...